Pembakaran bahan api pepejal Pembakaran

Aktiviti pembakaran terdiri daripada tiga fasa. Fasa-fasa ini secara relatifnya tampak berbeza, tetapi juga agak berselisih antara satu sama lain.

  • Fasa prapemanasan, apabila bahan api yang tidak terbakar dipanaskan ke takat kilat dan kemudiannya ke takat api. Gas-gas mudah terbakar muda terhasil dalam proses yang serupa dengan penyulingan kering.
  • Fasa penyulingan atau fasa gas, apabila campuran gas mudah terbakar dan oksigen terbakar. Tenaga terhasil dalam bentuk haba dan cahaya dengan api yang selalunya boleh dilihat.
  • Fasa arang atau fasa pepejal, apabila output gas mudah terbakar adalah terlalu rendah untuk meneruskan kelangsungan api dan bahan api yang menjadi arang tidak lagi terbakar dengan marak, tetapi hanya berbara.